Ini cerita yang kami dengar berulang-ulang daripada clinic owner: dah spend pada iklan, dah cuba pelbagai platform, tapi bilik konsultasi masih senyap. Bukan sebab servis tak elok. Sebab sistem pemasaran yang belum betul.
Sebelum kami tunjuk macam mana kami bantu, jom kami cerita dulu satu ironi yang kami selalu nampak berlaku pada clinic owner.
Ramai clinic owner fikir masalah mereka adalah "ads tak jalan".
Mula-mula excited nak run ads, letak bajet, tunggu hasil. Bulan pertama okay. Bulan kedua senyap. Bulan ketiga, mula tanya sendiri: "adakah pemasaran digital ni memang berkesan untuk klinik, atau saya je yang buat silap?"
Masalah sebenar ada pada sistem di sebalik iklan tu. Siapa yang uruskan, macam mana strategi disusun, dan macam mana hasil diukur.
Kalau cerita ni bunyi macam klinik anda, jom kita breakdown satu-satu apa sebenarnya yang berlaku.
Dah letak bajet, dah nampak impression naik, tapi bila check calendar temujanji, masih banyak slot kosong.
Cuba belajar Ads Manager sendiri, tengok tutorial, ubah setting sana-sini. Tapi sibuk uruskan klinik dan pesakit. Mana ada masa nak fokus.
Bulan ni jalan, bulan depan senyap balik. Tak faham kenapa, jadi susah nak plan ke depan.
Kami tak nak cerita ni jadi sekadar teori. Jadi jom kami tunjuk apa yang jadi bila klinik sebenar keluar daripada situasi ni.
Klinik Rakiaa mula kerjasama dengan kami pada November 2025. Ketika itu, jualan sekitar RM25,850.55 sebulan.
Kami tak janji hasil overnight. Kami mula dengan BPSOA, fahami dulu apa yang buat pesakit pilih klinik ni berbanding yang lain.
Dari situ, kami bina strategi, launch kempen, monitor setiap minggu, dan recalibrate bila perlu.
Ogos 2026. Hampir 5x pertumbuhan.
Tapi sebelum kita masuk lebih dalam pasal macam mana kami buat ni, penting untuk nampak apa yang boleh jadi kalau situasi tadi dibiarkan terus.
Kami faham ni bunyi berat, tapi penting untuk clinic owner nampak risiko sebenar.
Setiap hari klinik anda tak ada sistem pemasaran yang jelas, pesakit yang sepatutnya datang kepada anda boleh pergi ke klinik yang lebih aktif di Facebook dan Google.
Kalau tak diuruskan dengan betul, duit iklan hilang tanpa gambaran jelas apa yang sebenarnya menghasilkan pesakit.
Selepas berbulan-bulan cuba sendiri, anda masih tak pasti sama ada masalah pada servis atau pada cara ia dipasarkan.
Yang sedang struggle dengan ni mungkin bukan sebab usaha anda kurang. Cuma anda belum jumpa sistem yang betul.
Mafar Group bermula sebagai ekosistem perniagaan kesihatan, bukan agency pemasaran yang cuba masuk industri kesihatan sebab "nampak booming".
Sebab kami sendiri operate klinik, kami faham benda yang agency luar selalu terlepas pandang. Compliance, kepercayaan pesakit, dan bagaimana keputusan sebenar dibuat sebelum seseorang book temujanji.
Bila anda join Growth Partner, kami tak terus lompat ke iklan. Kami mula dengan memahami klinik anda. BPSOA, funnel, dan bahan kreatif yang direka khas untuk servis prioriti anda.
Lepas tu barulah masuk fasa pengurusan ads Meta dan Google. Setiap minggu anda dapat laporan yang anda benar-benar faham, bukan sekadar nombor click yang tak bermakna.
Senarai ni nampak banyak, tapi macam mana ia sebenarnya jalan bulan demi bulan? Ini yang kami nak tunjuk seterusnya.
Kami kumpul semua maklumat, buat sesi BPSOA, dan dapatkan akses akaun.
Warm-up akaun Meta, setup Google Ads, siapkan kreatif, dan lancarkan kempen selepas anda approve.
Kami analisa data, dapatkan feedback dari front-desk anda, dan recalibrate untuk kitaran seterusnya.
Ini bukan projek sekali jalan. Ia sistem yang berulang, bertambah baik setiap bulan.
Sistem ni yang bawa Klinik Rakiaa dari RM25K ke RM125K. Kalau diikut konsisten, ini yang akan berubah untuk klinik anda.
Kalau ni yang anda nak untuk klinik anda, langkah seterusnya simple. Pilih pakej yang sesuai.
Pilih Growth Partner yang sesuai untuk klinik anda.
Month-to-Month
2 Bulan Komitmen
RM6,000 total. Jimat RM1,000.
Kalau anda masih ada keraguan sebelum daftar, tak mengapa. Kami di sini untuk jawab dulu.
Tak semua orang bersedia buat keputusan terus lepas baca satu page. Kalau anda ada soalan, tanya kami dulu.
WHATSAPP KAMI SEKARANGStrategi BPSOA, bahan kreatif, pengurusan Meta dan Google Ads, laporan mingguan, dan review bulanan.
Pakej A month-to-month, Pakej B 2 bulan komited. Macam cerita Klinik Rakiaa tadi, hasil timbul secara bertahap, bukan overnight. Ia bergantung pada niche dan offer klinik.
Akaun Meta dan Google Ads klinik anda sendiri. Data dan billing kekal milik anda.
Tiada refund untuk servis yang sedang berjalan. Setiap bulan kami recalibrate strategi berdasarkan data sebenar.
Boleh. Kami bantu kumpul dan susun dalam sesi Pre-Production.
Ya. Dedicated WhatsApp Support Group untuk setiap klinik.
Boleh sambung. Harga dibincang berdasarkan performance semasa.
Anda tetap approve setiap kreatif. Teknikal diuruskan sepenuhnya oleh team kami.